Wednesday, May 2, 2012

Let's stay forever, baby.


Tak mahu komen pasal isu BERSIH. Tak mahu taip pasal isu rumahtangga Aidil & Rita Rudaini. Tak mahu amek kesah pasal isu PTPTN. Tak mahu berbicara soal cinta. Cuma nak cakap saya sangat sangat bersyukur sebab usia dah melonjak satu angka. Sebenarnya kite nak bagitau yang kite dah berumur 22 tahun 16 hari. Syukur syukur. Harap emak dan keluarga jangan layan kita macam kanak-kanak lagi walaupun kite sangat manja sebab balik rumah setiap minggu. Hihii

Thank you so much for the presents, wishes, cards, texts, calls & for the surprise birthday partayyyy. You knows I do love surprisesss!! Hehe. I’m so bless to have these awesome people in my life.


*****

Dasar perempuan. Mungkin aku nampak kasar di luar. Tapi hakikat sebenar kau jangan lupa aku manusia seperti kau. Punya hati. Punya perasaan. Ketawa aku, senyuman aku, gurauan aku mungkin hanya pura-pura. Mungkin kau hanya lihat pada luarannya. Tapi, titisan air mati di hati tidak kau peduli. Buat apa dicerita kisah sedih sendiri? Tak perlu nak menagih simpati. Bukan ada orang yang mengerti. Simpan sorang-sorang di dalam hati dan mohon pada Ilahi moga ada kegembiraan yang akan menanti. (Ilham, 2012)

Bila aku sakit hati dengan orang, aku tak kuat melenting. Ya, tipulah kalau tak nangis kan. Dah tahan air mata jangan keluar pastu cepat-cepat paling muka tanak bagi nampak ‘lemah’ depan orang. Tak cool lah bro nak emo-emo, merah mata depan orang kan? Ada satu masa, aku rasa bersyukur bila ada orang sakitkan hati aku. Kenapa? Sebab, aku dapat tahu yang mungkin itu perasaannya disakiti. Kadang-kadang aku terkasar bicara, buat lawak diluar batasan, tak peka dengan sensitiviti orang lain. Mungkin ada orang yang pernah disakiti oleh aku. Mungkin ada orang pernah menangis sebab aku. Anyway, I believe in Karma. Don’t you? Hari ni aku sakitkan hati kau. Esok, orang lain yang sakitkan hati aku. Trust me, Allah sangat adil, bukan? Syukur lagi.

******

Rindu sangat kat bekas anak murid. Hehe. Still ada student yang call. Dah lah suka call time aku tengah tido. Pastu bila ditanya, “cikgu buat apa tu?”, terpaksa bohong sunat cakap “cikgu tengah baca buku ni”. Dasar hipokrit sungguh. Maafkan cikgu ye, murid-murid. Hehe. I LOVE you all. :)


****

Tipu sangat siapa yang dok post status yang cakap Battleship dengan The Avengers tu best gila. Semangat ahkak Ilham kau ni terpaksa bayar rm11 pastu dapat seat paling depan sekali. Padahal typical cerita omputih. Dasar kafir je semua tu. Eh? Hehe. Best lagi layan cinema cerita Reel Steel tempoh hari. Please Mr. Director, gimme more 5 star movies will you?! I pay for your movie okey, Mat salleh sekalian. Wkwkwkwkw. baik layan Running Man lagi baguss. Gwang-soo, sarangheyo. *insert love*.


****

Be strong Ilham. Be strong. Ada lagi 3 minggu nak mengadap final. Tak sabar nak cuti. Tolonglah otak dan perut bagi kerjasama sikit. Bila nak stat bukak buku, asyik menyampah bila perut berbunyi. Rasa macam nak buat status kat fb, ‘Cita-cita dan impian saya adalah memenuhkan perut seumur hidup. Terima kasih, boroi-ness.’  Tapi tak buat pun. Segan lah bila ada orang baca. Pastu kantoi i ade simpan perut yang boroi.

Okeylah, kena berhenti taip sebab gila panjang entri kauu.



p/s : Taip blog sambil pasang lagu Korea. Auwww, gay enough? Trip ke Korea ada dalam rm4000. Budak kelas PK5, tak rasa goyah keimanan ke? Mungkin saya yang syok sendiri. Sekian.

Monday, April 16, 2012

Terima kasih, cikgu.

Ya Allah, sebulan di Sekolah Kebangsaan Ujong Pasir sudah melabuhkan tirainya. Sekejap je rasanya, sekarang ni dah selesai praktikum fasa 1 di SKUP. Ehh? Sungguh skema penggunaaan ayat gramatis saya. Mungkin sebab sebulan di sekolah, penggunaan tatabahasa dan sukukata dan berkata-kata haruslah berpura-pura mantaaap ikut syariat dalam Kamus Bahasa dan Dewan Pustaka. Nak cakap panjang pun rasa macam tak guna sebab dah lama takde feeling menaip belog ini. Jadi, akanku coretkan cinta abadi blogku ini dengan gambauu sahaja lah. Okeyy? 










p/s : sambung belajar balik. DUH !

Monday, March 12, 2012

this is the end.



For most people, blogging is a part of their life. Maybe because while they're blogging, they earn some money. But for me, blogging comes from my sincere heart where I tend to spill out everything that I thought or something that pop into my mind. Now that blogging is not anymore my priority/passion, you guys can expect me to be your(s) silent reader. *yawn*.



Selamat menjadi suami orang abang long kepada Fatehah. Terharu kite dapat makan burger abang long tauu. Terima kasih sayangku, Fatehah sekeluarga kerana memberi layanan yang first class gitu. I IZ THE VERY VERY THANKS TO YOU GUYS <3. Sure, someday I will come again to Terengganu! 


p/s : new hair-cut. :)

Tuesday, February 7, 2012

pada masa sekarang.

Assalamualaikum. Hai February. Y U SO FAST? =_=' Seperti yang anda sedia maklum, I tak cuti sebulan macam uolls sekarang ini. Bulan Februari ni kehidupan agak kucar-kacir kerana bulan March I akan berpraktikum di SK Ujong Pasir, Melaka (sape ade pakcik/abang yang masih SINGLE boleh inbox I okey). 

Sebenarnya I ade masalah. Tapi tanak lah kecoh-kecoh okey. Kita blog-talk kat sini je tau. Masalahnye adalah, I sangatlah tak pandai nak marah-marah orang. Jadi, I jadi rungsing memikirkan cara-cara untuk mengatasi masalah I ini. You know, I bakal mengajar di sekolah nanti. I kena jadi pemarah. MESTI OKEY. MESTI. Apa harus I lakukan? Please help me, people. Hehe.


****
Itu hari kami ade buat percutian ke Sabah. Alhamdulillah, cuaca sangat baik. Kawan-kawan sangat duper duper awesome! waktu shopping seronok, makan pun sangat menyeronokkan. Dan kalau ditanya macam mana perasaan hati kalau tiba-tiba dapat rezeki posting mengajar kat Sabah? Memang menangis awan nano nano nano laa aku baaah! Eh, bukan I nak cakap Sabah tu tak best. Tapi sebab utama I anak manje. Tanak naik kapal terbang sebab I akan pengsan kalau asyik meng-usha abang pramugara je. Lagipun, dah request kat mama nak kahwin awal sebab nanti kalau tetiba ketua kampung masyarakat Iban syok kat I camno hah?

Walaubagaimanapun, ternyata sia-sia sebab mama cakap, "KAU DUDUK LAH SABAH TU KALAU DAH DAPAT MENGAJAR KAT SITU..KALAU JODOH KAU KAT SABAH KAU KHAWINLAH KAT SABAH TU..." (I dapat syak yang mungkin mama I nak bakal menantu macam Adam AF tu kot. Ohh tidaaak) -___-

Pergi Sabah 5 hari 4 malam tau uolls. Tapi, koleksi gambar macam stok pergi bercuti selama setahun 8 bulan. I pon pening nak pilih gambar mana satu. Jadi, gambar yang ade ni I main letak je untuk uolls boleh lah pasang niat berangan-angan nak bercuti ke Sabah tahun depan pulak. 



* Pulau Manukan *



* Gunung Kinabalu *


* Titi Gantung apakah-aku-pun-lupa *




* Ladang Teh Sabah *


* Kampung Air *


* Pasar Filipina *

Sekian saja laporan lawatan ke Sabah. Moga lepas ini I akan update laporan lawatan ke Vietnam pula. Ahakss! ( Yang menaip, setiausaha ahli-ahli-bangsa-bersekutu-sepakat-membawa-berkat).



p/s : Entri ni I taip sangat pantas kerana I nak mengamalkan tanggungjawab I sebagai setiausaha. I rase I sangatlah gedik bila menaip menggunakan kata ganti nama I. Tapi apa boleh buat, I rase I sangat awesome! You rase macamtu taaak? Meh cium sikit meh. :D

Saturday, January 7, 2012

everyday i'm shufflin'.

Helloooo 2012. Hai Ilham yang berusia 22 tahun. *kenyit mata*. Maka, bermulalah episod hari-hariku yang berliku-liku di maktab perguruan Melaka. Semoga tahun ni memberi banyak pengajaran dan pengalaman menjadi manusia yang berguna. Mohon supaya diri sendiri lebih peka dengan kebersihan diri, menjaga makan minum untuk kesihatan yang baik serta JANGAN LUPA MINUM SUSU DAN RAJIN BERSENAM. 


Pasti akan merindui-mu Ikea's Meatball. Tengok tangan abah itu. =.=


***
Sebenarnya, sekarang ni dah masuk semester 5. Kalau ikut hukum alam, bermula semester ni kena bekerja extra keras sebab tinggal lagi 2 tahun nak habiskan ijazah. Tahun ni berazam tanak jadi derhaka pada pensyarah dimana kena siapkan semua tutorials & presentations & yang lagi penting jangan bercakap masa pensyarah mengajar. Terutama sekali kalau pensyarah lelaki yang hensem. Kena beri tumpuan yang extra tinggi kepada beliau. Hikhik.


Oh ya, sebelum mengakhiri entri ini, mari saya simpulkan bahawa trip ke Thailand sangat syiok berbanding Singapura sebab nilai mata wang Baht lagi banyak berbanding Dollar. Itu je kot? Hehehe.. 


*Sun City Hotel, Songkhla Thailand*



p/s : First Class Degree average between 4.0-3.8. Jadi Mama & Abah, janganlah menaruh harapan yang tinggi kepada anakmu yang langsung tidak pernah mencapai tahap cgpa sebegitu. >,<